www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

WOW! Samsung Galaxy tab & LG Optimus 7 are up for grabs along with a super duper deal from Celcom. It's going to be my must-have to start off 2011! #CelcomGreatSale

WOW! Samsung Galaxy tab & LG Optimus 7 are up for grabs along with a super duper deal from Celcom. It's going to be my must-have to start off 2011! #CelcomGreatSale

SS3 Super Junior Showcase Official Ticket Launch, 19 Mac 2011

Date: 19th March, 2011 (Saturday)
Time: 10.00 am until 10.00 pm
Venue: Level 6, Sg. Wang Plaza (next to Green Box Karaoke)

Kat sini aku nak share beberapa foto yang sempat aku snap ketika queue untuk membeli tiket SS3. Hampir 3 jam queue baru la dapat tiket. Itupun sebab aku beli tiket untuk balcony, kalau rock pitt mau patah pinggang dengan longgar lutut sebab ramai sangat yang beli, queue dia punyalah panjang sampai penuh sesak satu level tu. Apa-apa pun, tak sabar nak tunggu showcase SuJu ni. Harap-harap berbaloi la dengan pengorbanan queue selama 3 jam tu! 

Tengok tu, punyalah sesak. Pintu dibuka jam 10, tapi ada yang dah datang lebih awal dari tu.

Masa ni lebih kurang jam 11 am. Oleh kerana crowded sangat, anggota RELA yang ditugaskan
untuk mengawal keadaan telah meminta kami beratur dalam double bagi memberi ruang laluan 
kepada pekerja-pekerja di level 6 tu.

Lebih kurang jam 12.30 pm, masa ni siapa yang beli tiket balcony telah dibawa oleh petugas kaunter tiket 
untuk beratur di lorong yang berasingan bagi mengelakkan kesesakan. . Proses pembelian jadi cepat sikit, 
aku pun dah tak larat  nak queue dah!

At last! Dapat juga tiket akhirnya  setelah hampir 3 jam beratur!

Pic ni aku snap selepas dapat tiket. Tengok tu, masih lagi crowded. Masa ni dah jam 1.15 pm.

Me with SS3 Official Ticket Launch bunting!






Salam Maulidur Rasul 1432H/2011!

Image and some of the content from this post is taken from : Fadzli.Com

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah/2011. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad adalah contoh terbaik bagi umat Islam. Sentiasalah kita berselawat ke atas junjungan besar kita, dan semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari sejarah hidup dan perjuangan beliau bagi menegakkan syiar Islam. Sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Azhab, ayat 56 yang bermaksud: 

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Super Junior Super Show Case (SS3) di Malaysia Mac Ini!



Kepada peminat-peminat Super Junior (SuJu) di seluruh Malaysia, ini ada berita baik untuk anda. Mereka akan mengadakan Super Showcase 3 (SS3) di Malaysia! Organizer SS3, Running Into The Sun telah membuat pengumuman mengenai pelancaran jualan tiket bagi SS3.  Untuk makluman lanjut, sila layari laman Facebook penganjur: 

Cuti-Cuti Malaysia Di Kampung Den


Sempena mengambil kesempatan cuti perayaan Tahun Baru Cina 2011 yang lepas, aku dan family telah pulang ke kampung kami di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Kecil, Masjid Tanah Melaka. Kebetulan pula mak saudara, iaitu sepupu mak buat kenduri arwah, jadi kesempatan ni kami ambil untuk berjumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Macam-macam aktiviti kami lakukan, dari aktiviti bersantai sambil bersukan, sampai la ke aktiviti jalan-jalan cari pasal.. opsss.. jalan-jalan makan angin.. hehe...

Bonda tercinta.. singgah makan jap kat food court Giant Senawang

Day 1: Sesampai sajer di kampung, kami disambut oleh dua orang anak sepupuku yang comel, Amin & Azim

Amin & Azim main basikal sama-sama.. so cute!

Day 2: Aktiviti bermain badminton

Program hari ke 2 di kampung selepas kenduri selesai ialah program mandi-manda sambil jalan-jalan di tepi pantai di Pengkalan Balak. Pada yang tak tau, Pengkalan Balak ni terletak di Masjid Tanah, berhampiran dengan Tanjung Bidara. Kalau nak adakan aktiviti mandi-manda, pantai di Pengkalan Balak sangat sesuai dijadikan pilihan. Waktu ni kami ke sana pada sebelah petang. Harap maaf, foto-foto yang disiarkan kualitinya agak kurang memuaskan, maklumlah, kamera cap ayam.. huhu..

Pantai Pengkalan Balak selepas senja-1

Pantai Pengkalan Balak selepas senja-2

Pantai Pengkalan Balak selepas senja-3

Pantai Pengkalan Balak selepas senja-4

Pantai Pengkalan Balak - malam sudah!

Kebetulan ketika kami ke sana waktu cuti perayaan, jadi Pengkalan Balak amat sesak dengan pengunjung. Sampai sesak la jalan keluar masuk ke situ, dah la sempit. Dari pengamatan aku, selain pengunjung tempatan, ada juga yang datang dari luar Malaysia, contohnya dari Singapura (berdasarkan plat kereta) dan juga pelancong Mat Saleh. Ada diantara mereka menginap di chalet-chalet yang disediakan di situ. Aku tak join sepupu-sepupu aku mandi, jadi aku cuma sekadar pemerhati bebas di situ. Memandangkan Pengkalan Balak semakin menjadi tumpuan terutama di musim cuti, adalah diharapkan agar pihak yang berwajib, terutama wakil rakyat di situ mengambil peluang untuk upgrade lagi fasiliti. Contohnya seperti mengadakan lebih banyak tempat letak kereta, memperluaskan lagi jalan keluar masuk ke pantai, dan upgrade sistem perparitan yang terdapat di situ. Tempat dah cantik, cuma yang kurang dari segi fasiliti jer.

Dah puas berjalan, perut yang lapar perlu diisi..

Slurppp.. fuhh.. lega.. - My mom & my auntie


Kenderaan yang keluar masuk, sangat sesak!

Panorama Pengkalan Balak-1

Panorama Pengkalan Balak-2

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le!

Limau mandarin 'baby'

Limau dan ang pow memang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Setiap kali tiba musim perayaan ini, limau memang menjadi satu item yang wajib ada, macam sambut Aidilfitri jugak la, kena ada lemang, ketupat, rendang, baru meriah kan! Masyarakat Cina percaya limau merupakan simbol murah rezeki dan kekayaan, manakala pemberian ang pow merupakan tradisi yang telah diamalkan sejak zaman berzaman. Tahun Lunar 2011 pula jatuh pada tahun arnab.

Tahun ini dalam sejarah kali pertama aku dapat ang pow dari salah seorang staf akademik di tempat kerja. Murah sungguh hati beliau. Xie xie ni Dr. Lai!

Ang pow

Musim Hujan Tiba Lagi!

Awal tahun 2011 disambut dengan musim hujan. Boleh dikatakan tiap-tiap hari la hujan. Waktu pagi sampai di KL, gelap macam waktu malam. Petang pulak hujan selebat-lebatnya. Musim hujan berpanjangan juga telah mengakibatkan bencana banjir berlaku di beberapa buah negeri dan daerah sekitar Negeri Sembilan. Jarang nak dengar berita pasal Negeri Sembilan dilanda banjir. Kuasa Allah, tak siapa yang tahu kan.

Gelapnya! Foto ini dirakam dari luar office pada pukul 8 pagi.

Hujan lebat! Foto ni pulak dirakam dari dalam bas sewaktu balik dari kerja.

Sambut Tahun Baru 2011 Dengan Sesi Berkaraoke

Hahahaha.. aku nak gelak dulu. Jangan orang kata buang tebiat udah ler. Asyik diasak oleh adindaku yang bongsu tu dengan cerita-cerita markas karaoke beliau dan rakan-rakannya, akhirnya aku 'termakan' jugak dengan asakkan beliau. Aku memang dah lama tak melibatkan diri dengan sesi berkaraoke ni, last time gi karaoke masa tahun 2000. Maka tanggal 1hb. Januari yang lalu, iaitu sempena kedatangan tahun 2011, aku pun mencemarkan diri turun untuk sesi karaoke bersama-sama beliau di City Idol, Senawang. First time ke situ, mak aihh.. bukan main meriah dengan 'suara-suara sumbing' penyanyi 'berbakat' ala-ala American Idol. Apa lagi, aku pun belasah la melalak lagu kegemaran sebanyak 5 buah lagu. Adik aku, apa lagi, layan lagu abang-abang SuJu beliau la. Kagum aku sebab dia boleh hafal lirik lagu-lagu SuJu. Apa yang kelakarnya, bilik tempat kami karaoke tu volume tak boleh nak kontrol, memang terasa pekak sementara telinga kami. Charge untuk hari minggu lak sejam RM20, duit yang ada dalam poket memang ngam-ngam RM10, adik pulak memang ada RM10, cukup la sejam untuk sesi menyerakkan suara-suara kami!

Ada gaya macam Yuna tak? Ni kembar dia, Yuni... ekekekeke..

Sempat snap VC SuJu.. hehe..

Tengah warming up session lagu-lagu SuJu

Jangan marah haa.. siap snap gambar Siwon lagi.. hehehe..

Malaysia, Syurga Makanan - Part 2



Siapa la tak kenal dengan nasi lemak. Udah feymes seantero dunia. Sebut saja nasi lemak antarabangsa, rasanya pelancong-pelancong yang pernah berkunjung ke Malaysia pun tau pasal nasi lemak tu. Dari nasi lemak yang mempunyai basic accessories, iaitu sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang goreng dan hirisan timun, sampailah yang berlauk. Seperti yang kita tau, kreativiti dalam mencipta makanan amat perlu bagi menarik selera orang yang nak makan tu. Termasuk la nasi lemak ni, kalau yang dah jemu dengan nasi lemak basic tu, boleh la cuba letak lauk-lauk kegemaran, contohnya yang macam di atas tu, letak ayam goreng ke, rendang ayam atau daging. Ada juga sesetengah peniaga yang memberikan pelbagai pilihan lauk pauk untuk dimakan bersama nasi lemak, contohnya seperti sambal sotong, sayur kangkung goreng, ikan masin, dan banyak lagi la. Pendek kata, tepuk dada, tanyalah selera anda. Makan tu makan juga, lepas makan nasi lemak jangan lupa bersenam ye. Kesihatan perlu dijaga, agar tak sampai ke tahap obesiti.

Malaysia, Syurga Makanan - Part 1


Malaysia mempunyai budaya dan masyarakat yang berwarna warni, begitu juga dengan makanannya. Macam-macam makanan dan minuman ada, makanan tempatan, western, malah nak makan makanan dari negara-negara lain seperti Timur Tengah dan sebagainya pun senang nak cari. Tak kurang juga yang kreatif dalam mencipta menu masakan dan minuman untuk menarik pelanggan. Sebagai contoh, tengok je la teh tiga lapis atau '3 Layer Tea' ni. Aku selalu dengar dari kawan-kawan pasal teh ni, tapi tak pernah pulak cuba. Kebetulan adik ajak singgah minum di restoran mamak, jadi dia pun order la teh ni. Not bad! Sedap jugak. Cuma agak manis sikit sebab lapisan bawah sekali tu gula merah, tambah pulak dengan lapisan kedua iaitu susu pekat manis, mak aihh.. memang manis gila. Tapi kalau tak suka manis-manis sangat boleh request kat mamak tu untuk kurangkan gula merah tu. Rasa dia memang lemak berkrim, macam minum cendol pun ada. Anyway, pada sesiapa yang belum cuba teh ni, cuba la, pasti terangkat! hehe..


Blog Baru, Selamat Tahun Baru 2011!

Blog baru di tahun baru. Blog lama dah tak boleh nak view, tak pasti apa masalahnyer. Blog baru masih dalam proses kemaskini.