Hahahaha.. aku nak gelak dulu. Jangan orang kata buang tebiat udah ler. Asyik diasak oleh adindaku yang bongsu tu dengan cerita-cerita markas karaoke beliau dan rakan-rakannya, akhirnya aku 'termakan' jugak dengan asakkan beliau. Aku memang dah lama tak melibatkan diri dengan sesi berkaraoke ni, last time gi karaoke masa tahun 2000. Maka tanggal 1hb. Januari yang lalu, iaitu sempena kedatangan tahun 2011, aku pun mencemarkan diri turun untuk sesi karaoke bersama-sama beliau di City Idol, Senawang. First time ke situ, mak aihh.. bukan main meriah dengan 'suara-suara sumbing' penyanyi 'berbakat' ala-ala American Idol. Apa lagi, aku pun belasah la melalak lagu kegemaran sebanyak 5 buah lagu. Adik aku, apa lagi, layan lagu abang-abang SuJu beliau la. Kagum aku sebab dia boleh hafal lirik lagu-lagu SuJu. Apa yang kelakarnya, bilik tempat kami karaoke tu volume tak boleh nak kontrol, memang terasa pekak sementara telinga kami. Charge untuk hari minggu lak sejam RM20, duit yang ada dalam poket memang ngam-ngam RM10, adik pulak memang ada RM10, cukup la sejam untuk sesi menyerakkan suara-suara kami!
Ada gaya macam Yuna tak? Ni kembar dia, Yuni... ekekekeke..
Sempat snap VC SuJu.. hehe..
Tengah warming up session lagu-lagu SuJu
Jangan marah haa.. siap snap gambar Siwon lagi.. hehehe..
0 comments:
Post a Comment