www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Malaysia, Syurga Makanan - Part 2



Siapa la tak kenal dengan nasi lemak. Udah feymes seantero dunia. Sebut saja nasi lemak antarabangsa, rasanya pelancong-pelancong yang pernah berkunjung ke Malaysia pun tau pasal nasi lemak tu. Dari nasi lemak yang mempunyai basic accessories, iaitu sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang goreng dan hirisan timun, sampailah yang berlauk. Seperti yang kita tau, kreativiti dalam mencipta makanan amat perlu bagi menarik selera orang yang nak makan tu. Termasuk la nasi lemak ni, kalau yang dah jemu dengan nasi lemak basic tu, boleh la cuba letak lauk-lauk kegemaran, contohnya yang macam di atas tu, letak ayam goreng ke, rendang ayam atau daging. Ada juga sesetengah peniaga yang memberikan pelbagai pilihan lauk pauk untuk dimakan bersama nasi lemak, contohnya seperti sambal sotong, sayur kangkung goreng, ikan masin, dan banyak lagi la. Pendek kata, tepuk dada, tanyalah selera anda. Makan tu makan juga, lepas makan nasi lemak jangan lupa bersenam ye. Kesihatan perlu dijaga, agar tak sampai ke tahap obesiti.

0 comments:

Post a Comment