Sempena mengambil kesempatan cuti perayaan Tahun Baru Cina 2011 yang lepas, aku dan family telah pulang ke kampung kami di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Kecil, Masjid Tanah Melaka. Kebetulan pula mak saudara, iaitu sepupu mak buat kenduri arwah, jadi kesempatan ni kami ambil untuk berjumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Macam-macam aktiviti kami lakukan, dari aktiviti bersantai sambil bersukan, sampai la ke aktiviti jalan-jalan cari pasal.. opsss.. jalan-jalan makan angin.. hehe...
Bonda tercinta.. singgah makan jap kat food court Giant Senawang
Day 1: Sesampai sajer di kampung, kami disambut oleh dua orang anak sepupuku yang comel, Amin & Azim
Amin & Azim main basikal sama-sama.. so cute!
Day 2: Aktiviti bermain badminton
Program hari ke 2 di kampung selepas kenduri selesai ialah program mandi-manda sambil jalan-jalan di tepi pantai di Pengkalan Balak. Pada yang tak tau, Pengkalan Balak ni terletak di Masjid Tanah, berhampiran dengan Tanjung Bidara. Kalau nak adakan aktiviti mandi-manda, pantai di Pengkalan Balak sangat sesuai dijadikan pilihan. Waktu ni kami ke sana pada sebelah petang. Harap maaf, foto-foto yang disiarkan kualitinya agak kurang memuaskan, maklumlah, kamera cap ayam.. huhu..
Pantai Pengkalan Balak selepas senja-1
Pantai Pengkalan Balak selepas senja-2
Pantai Pengkalan Balak selepas senja-3
Pantai Pengkalan Balak selepas senja-4
Pantai Pengkalan Balak - malam sudah!
Kebetulan ketika kami ke sana waktu cuti perayaan, jadi Pengkalan Balak amat sesak dengan pengunjung. Sampai sesak la jalan keluar masuk ke situ, dah la sempit. Dari pengamatan aku, selain pengunjung tempatan, ada juga yang datang dari luar Malaysia, contohnya dari Singapura (berdasarkan plat kereta) dan juga pelancong Mat Saleh. Ada diantara mereka menginap di chalet-chalet yang disediakan di situ. Aku tak join sepupu-sepupu aku mandi, jadi aku cuma sekadar pemerhati bebas di situ. Memandangkan Pengkalan Balak semakin menjadi tumpuan terutama di musim cuti, adalah diharapkan agar pihak yang berwajib, terutama wakil rakyat di situ mengambil peluang untuk upgrade lagi fasiliti. Contohnya seperti mengadakan lebih banyak tempat letak kereta, memperluaskan lagi jalan keluar masuk ke pantai, dan upgrade sistem perparitan yang terdapat di situ. Tempat dah cantik, cuma yang kurang dari segi fasiliti jer.
Dah puas berjalan, perut yang lapar perlu diisi..
Slurppp.. fuhh.. lega.. - My mom & my auntie
Kenderaan yang keluar masuk, sangat sesak!
Panorama Pengkalan Balak-1
Panorama Pengkalan Balak-2
2 comments:
maza pernah sampai dan makan kat sana..
makan ikan bakar di tepi pantai.. perkhhh.. menarik sungguh kan?
hehehhe
Yup.. mmg menarik. Warung yg weols lepak tu mmg bersebelahan dgn medan ikan bakar. Yg x bestnyer jalan kt situ sempit sgt, patut dilebarkn sikit jalan keluar masuk tu, ni bila org dtg waktu kemuncak mmg terasa sesak, smpai nk bernapeh pn pyh.. hehe..
Post a Comment