Malaysia mempunyai budaya dan masyarakat yang berwarna warni, begitu juga dengan makanannya. Macam-macam makanan dan minuman ada, makanan tempatan, western, malah nak makan makanan dari negara-negara lain seperti Timur Tengah dan sebagainya pun senang nak cari. Tak kurang juga yang kreatif dalam mencipta menu masakan dan minuman untuk menarik pelanggan. Sebagai contoh, tengok je la teh tiga lapis atau '3 Layer Tea' ni. Aku selalu dengar dari kawan-kawan pasal teh ni, tapi tak pernah pulak cuba. Kebetulan adik ajak singgah minum di restoran mamak, jadi dia pun order la teh ni. Not bad! Sedap jugak. Cuma agak manis sikit sebab lapisan bawah sekali tu gula merah, tambah pulak dengan lapisan kedua iaitu susu pekat manis, mak aihh.. memang manis gila. Tapi kalau tak suka manis-manis sangat boleh request kat mamak tu untuk kurangkan gula merah tu. Rasa dia memang lemak berkrim, macam minum cendol pun ada. Anyway, pada sesiapa yang belum cuba teh ni, cuba la, pasti terangkat! hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment